Monday, November 22, 2010

Hulu Terengganu (http://mdht.terengganu.gov.my

LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU

Kawasan Daerah Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim yang berjumlah seluas 387,462.60 hektar. Ciri-ciri daerah adalah:

  • Sebahagian daerah adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir iaitu di bawah pentadbiran KETENGAH seluas 209,199 hektar.
  • Bersempadan Negeri Kelantan dan Pahang yang mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua – Taman Negara Malaysia. Dalam lingkungan kawasan Central Forest Spine negara.
  • Ia menjadikan daerah ini kawasan sensitif alam sekitar - 99% tidak boleh dibangunkan.
  • Dari aspek pembangunan, terletak dalam pengaruh bandar Kuala Terengganu (30 minit/45 KM).
  • Perhubungan masa hadapan yang sangat baik dengan kewujudan Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II menghubungkan dengan Selatan dan Barat Semenanjung.
  • Lembangan subur pertanian di Sungai Terengganu dan tumpuan penduduk di Timur (Kuala Berang/ Ajil/Kuala Telemong).
  • Kawasan Warisan Sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan kedatangan Islam di Semenanjung pada 702 H (1303 M); lebih awal daripada Melaka.
  • Kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.
  • Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang merupakan penempatan utama penduduk dan Kuala Berang sebagai pusat pentadbiran daerah dan perniagaan sementara Ajil sebagai kawasan industri utama dan perumahan.
  • Laluan utama semasa adalah Jalan Kuala Terengganu-Ajil-Kuala Berang dan Kuala Berang-Jerangau-Kuantan sementara Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II dijangka siap sebelum 2012
    • LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU
    • Kawasan Kajian

Bil

Mukim

Keluasan

Hektar

%

1.

Hulu Berang

32,155.90

8.30

2.

Hulu Telemong

24,032.30

6.20

3.

Hulu Terengganu

264,025.60

68.14

4.

Jenagor

12,727.00

3.30

5.

Kuala Berang

7,127.70

1.84

6.

Kuala Telemong

5,197.80

1.34

7.

Penghulu Diman

16,336.40

4.22

8.

Tanggul

6,897.90

1.80

9.

Tersat

18,968.00

4.90

Jumlah

387,462.60

100.00

  •  
     

No comments:

Post a Comment