Monday, November 22, 2010

Kisah negeri ganu

KU HIKAYATKAN TERENGGANU …..


 

OLEH : MAISARAH ABD HAMID


 


 


 

EPILOG

Dah 3 tahun rupanya aku bermaustatin di Terengganu ni.. Macam – macam kenangan yang aku dapat selama kat sini. Banyak tempat yang aku dah pergi. Daripada sebelum kenal tempat ni , sampailah boleh kata aku kenal jugakla tempat – tempat kat sini. Banyak juga benda yang aku cari , nak belajar pasal tempat ni. Dah orang kata kalu tak kenal maka tak cinta. Aku kenal – kenallah skit – skit pasal tempat ni walaupun tak banyak. Rasanya boleh la kalu nak cita pengalaman – pengalaman aku ni kan. Jadi aku hikayatkan Terengganu ni untuk semua.


 


 

PENGENALAN

Rasanya dulu Terengganu ni asing sangat dengan aku. Macam jauh jer dari Utara nak sampai ke Terengganu ni. Kali pertama aku sampai tahun 2005 masa aku praktikal di Tourism Malaysia Penang. Masa tu ada Misi Jualan Domestik Kelantan dan Terengganu dan aku bernasib baik sebab dapat peluang ikut sekali. Pertama kali aku sampai kat sini dah jatuh cinta kat suasananya.

Kalau sebut Terengganu ni, rasanya tak asing dah dengan khazanah alam semujadinya. tErmasuk jugak la dengan keseniaan, kebudayaan dan juga artifak – artifak pelancongannya. Sebut jer Terengganu, rasanya banyak benda yang orang akan bayangkan.. aku rasa yang selalu orang bayangkan mestilah pulau – pulau kat sini, pulau redang , pulau perhentian , pulau tenggol , pulau kapas, pulau bidung dan banyak lagi. Kalau tak salah, jumlah pulau yang terkenal di Terengganu ada tujuh. Selain tu , sebut jer tasik kenyir , mesti kaki pancing senyum jer dengar, belum lagi makanan seperti nasi minyak , nasi kerabu , nasi dagang , keropok lekor , sata dan kena pulak dengan budu kan. Belum lagi dengan sejarah – sejarahnya terutama dengan sejarah kedatangan islam , Mat Kilau dan banyak lagi. Kalau nak tengok artifak – artifak pelancongan seperti muzium yang terbesar , tempat penyu mendarat dan bertelur, taman tamadun islam , Batik dan pasar payangnya dan banyak lagi memang tak sempat dalam satu hari . rasanya paling pendek kalau nak melawat Terengganu ni 3 hari lah. Kalau nak lama lagi memang banyak aktiviti yang boleh di buat di sini.


 

No comments:

Post a Comment