Monday, November 22, 2010

Dungun Terengganu

Dungun adalah daerah ke dua yang terbesar di Terengganu. Keluasannya adalah seluas 273,487 ha. Di dalamnya terdapat 11 mukim, 4 dun dan 97 JKKK. Keunikkanya jugak adalah pantai sepanjang 52KM. Nama Dungun ini di ambil daripada nama pokok Dungun iaitu pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.

Sejarah awal Dungun dikatakan bermula sejak dari zaman pra sejarah neolitik ( 2500 hingga 800 SM). Ini dibuktikan dengan penemuan Gelang Batu di Sungai Kerai , Dungun. Mengikut lagenda, Dungun dipercayai dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung Sumatera berdasarkan beberapa bukti iaitu antaranya adalah kebanyakkan orang dungun adalah berasal daripada Indonesia dan selain itu , nama kampong – kampong di Dungun juga sama dengan nama – nama tempat di Indonesia antaranya adaah Kampung Binjai , Kampung Bemban dan sebagainya.

Bandar Dungun ini adalah antara Bandar tersohor pada zaman kegemilangan aktiviti perlombongan Bukit Besi. Lombong bijih besi ini berkeluasan 1615hektar dan terletak dalam Mukim Besul. Ianya merupakan lombong bijih besi terbuka yang terbesar di Asia Tenggara di antara tahun 1929 – 1960. Operasi perlombongan di tutup pada 1 Oktober 1970. Walau bagaimanapun , kesan – kesan perlombongan bijih besi ini masih dapat di lihat terutama kepada mereka yang ingin melihat sendiri lombong bijih besi ini. Banyak tinggalan sejarah hasil daripada perlombongan bijih besi ini dapat di lihat di Dungun.

Selain daripada keunikan alam semulajadinya, Daerah ini juga kaya dengan aktiviti kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri. Cerita – cerita rakyat suatu ketika dulu memang digemari oleh penduduk – penduduk Dungun. Antaranya adalah seperti Cerita Anggun Cik Tunggil , Raja Muda Sultan Kali, Raja Dewa dan Malim Duana.


 

Bersambung…

No comments:

Post a Comment