Wednesday, November 18, 2009

Dungun Terengganu

satu destinasi lagi untuk di terokai..

Dungun , satu daerah di Negeri Terengganu. salah satu destinasi pelancongan di Negeri Terengganu.. walaupun tidak terlalu di kenali.. tapi cukup dengan pelbagai produk - produk pelancongannya..

destinasi pelancongan di Dungun boleh di bahagikan kepada beberapa zon ..
  • Kawasan Kepulauan, Pesisiran Pantai dan Sungai
  • Kawasan taman rekreasi , hutan lipur dan air terjun
  • sejarah dan warisan
  • gaya hidup
  • homestay
  • pendidikan

setiap zon ini mempunyai produk - produk pelancogannya yang tersendiri. di bawah zon kawasan kepulauan , persisiran pantai dan sungai : Dungun mempunyai beberapa produk seperti Pulau Tenggol yang memang terkenal dengan aktiviti skuba diving , snorkeling , sukan berasaskan air dan sebagainya. Pantai Teluk Lipat terkenal di kalangan pelajar - pelajar dan rakyat tempatan. tempat untuk beristirehat sambil melihat Laut China Selatan yang begitu indah. Pantai Rantau abang pula terkenal dengan kisah penyu belimbing sekitar tahun 1990 an dan tarikannya yang tersendiri. Pantai Teluk bidara pula di kelilingi oleh perkampungan nelayan dan memang menarik dan istimewanya di sini terdapatnya Tanjung Jara resort yang bertaraf 5 star di Dungun.

selain daripada pulau dan pantainya, Dungun kaya dengan tempat - tempat rekreasinya. antara yang terkenal adalah Hutan Lipur Chemerong. berdekatan dengan Hutan Lipur ini terdapat Homestay pasir Raja dan terdapatnya Hutan Simpan Pasir Raja. kawasan ini memang belum di terokai dan kaya dengan khazanah alam semulajadinya. Air Terjun Chemerong adalah air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dan Hutan simpan ini terdapatnya pokok cengal yang terbesar. selain itu , di Sungai Loh Pasir Raja , Pengunjung boleh melakukan aktiviti rafting di sini.

Di Kawasan Air Terjun Chemerong ,terdapat tapak perkhemahan kepada sesiapa yang ingin berkhemah di kawasan alam semulajadi. sebaiknya jika ingin meneroka hutan simpan ini , dapatkan perkhidmatan pemandu pelancong semulajadi kerana mereka boleh memberi maklumat yang lebih banyak berkenaan dengan Hutan simpan ini. selepas penat menyusuri hutan , pengunjung bolehlah merehatkan badan dengan bermain air terjun di sini. kawasan ini memang amat sesuai dan cantik dan memang tidak terdapat banyak pembangunan di sini. keselamatan adalah terjamin kerana terdapat security guard yang berjaga di kawasan ini. dan yang lebih istimewa , di dalam tempat ini tidak terdapat talian telefon.. tapi jika pengunjung ingin menggunakan telefon , mereka boleh mendaki bukit yang berada di hadapan tapak perkhemahan sambil melihat pemandangan sekitar tapak perkhemahan ini dan melihat keindahan air terjun Chemerong. selain itu , terdapat fasiliti seperti wakaf , tandas , balai dan sebagainya untuk kegunaan pengunjung semasa berkhemah di sini.

Homestay Pasir Raja adalah salah satu produk homestay yang memang di popularkan di Terengganu.

to be continued ...

Friday, November 13, 2009

muzium negara
















kebosanan dengan semua tugasan harian , akhirnya aku nekad.. aku nak keluar berjalan - jalan dan destinasi aku kali ini adalah Muzium NEgara..

kenapa agaknya teringin sangat kaki aku nak g ke sana.. mungkin sebab selama ni lalu jer kat depan dia , tak pernah nak rasa nak masuk pun.. so kali ni aku nekad dan nasib baik ada member aku nak temankan aku g sana. tak la boring sesangat g muzium sengsorang. niat di hati nak g muzium ngan zoo. tapi bila pikir balik ,, aku patah kaki ni.. naik public transport jer.. kalau drive memang aku on jer lah..

aku bertolak dari shah alam.. naik bas dari Shah alam ke KL Central. tak la jauh cuma dalam 45 minit.. pengalamn yang best.. ada orang tak betuil yang naik bas sekali.. ah tensennya nak kena menghadap dia n dengar dia bercerita.. kesian ada jugak orang macam tu.. tp nak wat mcm mana itu ujian yang MAha Esa so terima sajalah..

sampai di KL Sentral , kami berfikir jap nak jalan kaki ker nak amik cap jer la. actually jarak dia bukan la jauh sangat. kalau foreigners memang dah jalan kaki pun tapi memandangkan kami ni selocalnya anak Malaysia so keputusannya amik Cap jer la ke sana. tak la mahal pun dalam RM 5 ke RM 7 macam tu lah.. dia hantar betul2 kat depan Muzium.. banyak gak la bas persiaran kat san so maknanya banyaklah group yang g sana. kalu ikut City Tour KL , MUzium NEgara ni memang termasuk dah dalam itinerary..


Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.


tiket masuk Muzium Negara RM2 kalu tak salah la lupa dah.. so mula - mula sekali check in dalam muzium negara.. so lepas tu bermulah eksplorasi Muzium NEgara.. nak habis pusing dalam 3 jam cukup dah kat sini. tapi kalu bawak group bagi 2 jam cukuplah.. tapi kalu datang sendiri amik la masa dalam 3 jam kat sini..

kebetulan pada masa kami samai tu ada pameran permainan tradisional.. so untung gak la boleh tengok permainan zaman kaknak - kanak dulu.. ada yang familiar ada yang dak.. sementara tu amik la peluang main congkak .. lama tak main kan.. teringat cita jangan pandang belkang congkak masa tu. ada banya jenis congkak.. ada congkak kecik dan ada jugakla yang besar.. bestnya kalu bawak kanak- kanak. biaq depa tengok sendiri permainan ni.. nak main memmang payah dah especially kalu kat Kl so ini ja lah peluangnya..

Muzium ni tak la sebesar muzium di Terengganu. ada 2 tingkat dan di bahagikan kepada 4 banahian. setiap bahagian ada temanya,. ada 4 galeri di sini.. galeri 1 : galeri sejarah awal ..
Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.

galeri 2 : galeri kerajaan - kerajaan melayu

Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.

galeri 3 : galeri era kolonial

Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini

dan galeri terakhir : galeri Malaysia KIni

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.

source : http ://www.muziumnegara.gov.my

makanya habislah 3 jam kami melawat sekitar muzium negara.. kaki pun dah rasa macam nak patah gak lah.. so lepas tu keluar la dari muzium tu.. akt luar , g la jap jalan2 kat sekelilingnya tengok umah melayu.. dah tu kat luar tu ada lah pakcik2 yang jual aiskrim.. so memandangkan cuaca yang panas.. maka belilah aiskrim sebelum pulang.. sempat jugaklah pergi ke kedai souvineer.. cari magnet taman negara n keychain dapat gak lah.. dapat satu lagi .. buku pasal taman negara.. best buku tu.. dia cita pasal taman negara di Malaysia.. untung jugakla aku beli buku tu at least dapat gak la tambah pengetahuan..

lepas tu kami pun pulanglah ke Shah Alam.. selepas keletihan . nasib baik tak g zoo plak kalu tak memang patah kaki jugak lah.. tapi at least muzium negara memang a good place for educational tourism.. so Malaysia..here is another resources that we have...

Monday, November 2, 2009

kampung janda baik....







hari ahad.. 31hb Oktober 2009 ,, satu perjalanan lagi untuk seorang teman. hari ni aku pergi ke Kampung Janda Baik. bertolak dari Shah ALam , kami bertolak dalam pukul sebelas dari Shah ALam pergi Ke Janda Baik






dari LEbuhraya KArak , keluar exit Genting Sempah , aku drive ke kampung Janda Baik. papan tanda banyak membantu.. jalan nya memang agak memeningkan .. jalan agak sempit tapi cukup untuk 2 buah kereta. waktu tu x banyak sangat kereta pun..
lebih kurang sepuluh minit jalan berbengkang bengkok , jumpalah papan tanda masuk ke Kampung Janda Baik. kalau sebelum ni aku selalu fikir kenapa orang nak pergi ke Kampung ni tapi rasanya dah tahu dah kut..
nak masuk ke Kampung ni , ada pintu gerbang.. kampung Janda Baik ni kampung dalam KAmpung. dalamnya ada lagi kampung - kampung lain.
secara amnya kampung ni sama jer macam kampung lain. ada rumah orang , ada kedai makan, ada kedai runcit dan banyak lagi.. tapi yang speselnya kat sini ada banyak chalet dan resort.. memang cantik resort di sini. pemandangannya menghadap tanah tinggi.. udara di sini memang nyaman. pemandangan memang cantik .. bak kata orang segar mata memandang..
di sini kiri kanan memang id kelilingi pokok. ada dusun , ada anak sungai yang mengalir , ada macam - macam lagi lah.. sejuk mata memandang..
banyak chalet - chalet di sini yang menyediakan kemudahan penginapan dan team building pakej.. tempat yang nyaman memang sesuai untuk aktiviti - aktiviti begini..
satu benda yang tak leh lupa ,,, ada satu rumah kayu yang memang cantik.. umah tu kat tepi jalan jer.. sekali pandang ingatkan resort ke tapi rupa- rupanya memang rumah.. ada anak sungai yang mengalir , ada taman .. memang sekali pandang dah jatuh cinta lah kat umah tu
tak banyak yang sempat di explore di sini memandangkan tujuan utama cuma nak g makan gulai saja kat sana.. so semua ni pemandangan kiri dan kanan sebelum sampai ke umah kenduri lah..
andai di beri peluang lagi ,, aku akan sampai lagi ke perkampungan ini.. mencari sesuatu yang lebih istimewa di sini untuk di khabarkan kepada semua..