Monday, November 2, 2009

kampung janda baik....







hari ahad.. 31hb Oktober 2009 ,, satu perjalanan lagi untuk seorang teman. hari ni aku pergi ke Kampung Janda Baik. bertolak dari Shah ALam , kami bertolak dalam pukul sebelas dari Shah ALam pergi Ke Janda Baik






dari LEbuhraya KArak , keluar exit Genting Sempah , aku drive ke kampung Janda Baik. papan tanda banyak membantu.. jalan nya memang agak memeningkan .. jalan agak sempit tapi cukup untuk 2 buah kereta. waktu tu x banyak sangat kereta pun..
lebih kurang sepuluh minit jalan berbengkang bengkok , jumpalah papan tanda masuk ke Kampung Janda Baik. kalau sebelum ni aku selalu fikir kenapa orang nak pergi ke Kampung ni tapi rasanya dah tahu dah kut..
nak masuk ke Kampung ni , ada pintu gerbang.. kampung Janda Baik ni kampung dalam KAmpung. dalamnya ada lagi kampung - kampung lain.
secara amnya kampung ni sama jer macam kampung lain. ada rumah orang , ada kedai makan, ada kedai runcit dan banyak lagi.. tapi yang speselnya kat sini ada banyak chalet dan resort.. memang cantik resort di sini. pemandangannya menghadap tanah tinggi.. udara di sini memang nyaman. pemandangan memang cantik .. bak kata orang segar mata memandang..
di sini kiri kanan memang id kelilingi pokok. ada dusun , ada anak sungai yang mengalir , ada macam - macam lagi lah.. sejuk mata memandang..
banyak chalet - chalet di sini yang menyediakan kemudahan penginapan dan team building pakej.. tempat yang nyaman memang sesuai untuk aktiviti - aktiviti begini..
satu benda yang tak leh lupa ,,, ada satu rumah kayu yang memang cantik.. umah tu kat tepi jalan jer.. sekali pandang ingatkan resort ke tapi rupa- rupanya memang rumah.. ada anak sungai yang mengalir , ada taman .. memang sekali pandang dah jatuh cinta lah kat umah tu
tak banyak yang sempat di explore di sini memandangkan tujuan utama cuma nak g makan gulai saja kat sana.. so semua ni pemandangan kiri dan kanan sebelum sampai ke umah kenduri lah..
andai di beri peluang lagi ,, aku akan sampai lagi ke perkampungan ini.. mencari sesuatu yang lebih istimewa di sini untuk di khabarkan kepada semua..

No comments:

Post a Comment