Dungun , satu daerah di Negeri Terengganu. salah satu destinasi pelancongan di Negeri Terengganu.. walaupun tidak terlalu di kenali.. tapi cukup dengan pelbagai produk - produk pelancongannya..
destinasi pelancongan di Dungun boleh di bahagikan kepada beberapa zon ..
- Kawasan Kepulauan, Pesisiran Pantai dan Sungai
- Kawasan taman rekreasi , hutan lipur dan air terjun
- sejarah dan warisan
- gaya hidup
- homestay
- pendidikan
setiap zon ini mempunyai produk - produk pelancogannya yang tersendiri. di bawah zon kawasan kepulauan , persisiran pantai dan sungai : Dungun mempunyai beberapa produk seperti Pulau Tenggol yang memang terkenal dengan aktiviti skuba diving , snorkeling , sukan berasaskan air dan sebagainya. Pantai Teluk Lipat terkenal di kalangan pelajar - pelajar dan rakyat tempatan. tempat untuk beristirehat sambil melihat Laut China Selatan yang begitu indah. Pantai Rantau abang pula terkenal dengan kisah penyu belimbing sekitar tahun 1990 an dan tarikannya yang tersendiri. Pantai Teluk bidara pula di kelilingi oleh perkampungan nelayan dan memang menarik dan istimewanya di sini terdapatnya Tanjung Jara resort yang bertaraf 5 star di Dungun.
selain daripada pulau dan pantainya, Dungun kaya dengan tempat - tempat rekreasinya. antara yang terkenal adalah Hutan Lipur Chemerong. berdekatan dengan Hutan Lipur ini terdapat Homestay pasir Raja dan terdapatnya Hutan Simpan Pasir Raja. kawasan ini memang belum di terokai dan kaya dengan khazanah alam semulajadinya. Air Terjun Chemerong adalah air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dan Hutan simpan ini terdapatnya pokok cengal yang terbesar. selain itu , di Sungai Loh Pasir Raja , Pengunjung boleh melakukan aktiviti rafting di sini.
Di Kawasan Air Terjun Chemerong ,terdapat tapak perkhemahan kepada sesiapa yang ingin berkhemah di kawasan alam semulajadi. sebaiknya jika ingin meneroka hutan simpan ini , dapatkan perkhidmatan pemandu pelancong semulajadi kerana mereka boleh memberi maklumat yang lebih banyak berkenaan dengan Hutan simpan ini. selepas penat menyusuri hutan , pengunjung bolehlah merehatkan badan dengan bermain air terjun di sini. kawasan ini memang amat sesuai dan cantik dan memang tidak terdapat banyak pembangunan di sini. keselamatan adalah terjamin kerana terdapat security guard yang berjaga di kawasan ini. dan yang lebih istimewa , di dalam tempat ini tidak terdapat talian telefon.. tapi jika pengunjung ingin menggunakan telefon , mereka boleh mendaki bukit yang berada di hadapan tapak perkhemahan sambil melihat pemandangan sekitar tapak perkhemahan ini dan melihat keindahan air terjun Chemerong. selain itu , terdapat fasiliti seperti wakaf , tandas , balai dan sebagainya untuk kegunaan pengunjung semasa berkhemah di sini.
Homestay Pasir Raja adalah salah satu produk homestay yang memang di popularkan di Terengganu.
to be continued ...
No comments:
Post a Comment