Sunday, December 12, 2010
bali 8 - 11dec 2010
perjalanan bermula jam 8 pagi dari umah lala , semua naik limo ke lcct, masa tu tak terasa sangatlah . tu lah cuma nak tahu apa yang istimewa di bumi bali ni ,, kami naik flight pukul 11.00 dan ambil masa lebih kurang 3 jam di atas flight air asiA. letih gak la atas flight ni.. sampai bali , tak ada perbezaan waktu .. so sampai tu memang x ubah la jamnya,
sampai lebih kurang pukul 3. sampai jer , lepas ambil beg masing - masing , kami keluar airport dan bapak guide bapak wadang sudah ada di luar sambil pegang kad nama aku. so x ada masalah. satu lagi , di sini mereka cakap bahasa melayu , so kami pun cakaplah melayu indonesia. lepas setel , naik van untuk ke hotel. mulanya bapak guide bawa kami ke hotel lavender , tapi mujurlah ditanya, salah hotel rupanya,, sepatutnya kami tinggal di hotel villarisi.. makanya selepas itu kami pun di hantar la kesana.. tak jauh dari airport , kurang lebih 20 minit jer dari airport.
kami check ini hotel.. selepas check in , masing - masing masuk hotel , refresh diri sebelum memulakan aktiviti seterusnya.. yang bestnya di bali , jam 6 nya sudah magrib, subuhnya jam 4 pagi ,, maka ketara jugakla waktu di luar, jam 8 di sana macam jam 10 di bali .,..
selepas itu , kami keluar hotel nak g cari makanan ,, part yang paling susah ... masa kami datang bali ni , raya kedua galung maka banyak kedai tutup.. so keluar tengoklah apa yang ada.. mujurlah stay kat hotel kat kawasan tenggah - tengah town jugak.. so tak ada masalahlah. bab nak cari makanan , last -last makanana yang kami jamin halal .. makan nasi padang... so lepas makan baru la gi jalan - jalan.
petang tu , kami ke pantai legian... nak tengok gak pantai bali .. kononnya tempat paling romantik kan.. tp entah ... tak feel pun..hehehehe .. so brgambar la di pantai legian... kebetulan ada couple yang tengah amik gambar kawin ,,so enjoy that moment la yang special pun. .. pantai pun rasa x bersih sangat.. macam pantai malaysia lah ...
malam tu , lepak di bilik sahaja.. ingat nak terjun pool , tapi x feel plak.. so balik tido lah... nasib lah bilik ok ....
esoknya jam 8 , kami amik full day tour ikut bapak guide tu ., tp agak kureng la ... bapak tu tak banyak cerita... so banyak kami la bertanya.. banyak la jugak word - word baru contohnya kerajinan... apa lagi lah.... mula - mula , first kami g tengok persembahan barong... dekat sejam jugak la kat situ ... so agak memahami jugakla cerita tu .. tp kena baca sinopsis dia dulu... next place , , g la shopping ... tempat kedua .. kami g tengok kerajinan emas dan perak.. tengok orang sana buat perak.. selepas tu, g tengok plak tempat lukisan .... dapat jugak la souvineer masing - masing. lepas tu , g masuk kedai untuk shoping , tapi memandangkan dah letih sangat ,, semua hilang mood nak shoping , ingat nak makan jer,, so kami pun g makan kat tempat valcano .... ooohh tensen gak lah,, makananannya niat jer la semoga halal .. tu jer lah.. tapi viewnya cantik.. kat kawasan tanah tinggi pun ...
kebetulan masa tu , hari kedua galung ,, so maih ada upacara offering dan sembahnyang mereka.. so sempat la tengok di tepi - tepi jalan ,, next kami ker temple... tak ingat temple apa... tengok la apa yang patut... then kami cari masjid and sembahyang. lebih kurang macam masjid kita tapi agak susahlah nak jumpa. populasi bali 80% ialah hidu budha , 20 % campuran kristian , muslim dan sebagainya,,,
selesai ... banyaknya aktiviti kat sini adalah shoping. aku masih mencari apa yang uniknya Bali ni sampai orang teringin sangat nak ke Bali. tapi memang adatlakan, bila kita mencari memang susah nak jumpa. tapi sekurang - kurangnya aku dah tahu sedikit sebanyak berkaitan Bali ni. kalau nak bercakap, tak susah pun sebab memang dia cakap bahasa melayu , tapi kena tukar lah ikut nada orang indonesia jugaklah. tapi kalau kebersihan , agak kurang skit la tapi mungkin sebab baru lepas perayaan galungan , jadi banyak offering masih diletak dihadapan kedai dan sebagainya. tu yang agak tak enak. di hadapan kedai semua ada bekas offering tu , dia buat dari daun kelapa rasanya , hampir setiap tempat adalah. bab seterunya ,
makan.. ooo dugaan tu kat Bali. nak makan memang agak kurang meyakinkan. memang bila ditanya kepada orangnya Halal ke tak jawapannya Halal ,tetapi konsep Halal tu tidak sama dengan kita. bagi mereka , asalkan makanan itu di masak dalam bekas yang berbeza , tidak di campur yang halal dan haram itu sudah halal. tapi sanggupkah ,, tengok memang tanya halal , tapi disebelahnya serve polk dan liquor.. oooo tidak.... tapi niat jer lah semoga terlepas daripada makanan yang tidak halal.. sepanjang tu , makanan rasmi , air tin jer lah.. pagi makan roti ,, ada yang siap makan maggi lagi tu tak ingat.. tapi mujurlah , ada kedai nasi padang dekat hotel tu . so menu rasmi lah dua hari makan nasi padang tu jer lah.. mujurlah boleh masuk gak... ingat lagi , hari ketiga , keletihan lepas water sport , licin pinggan semua...
malam pertama , tak banyak berjalan .. pergi tengok sunset kat pantai legian , lepas tu free lah , balik hotel rehat.. orang kata jet lag lagi kan ... konon padahal dua jam jer atas flight... hari kedua dah terlepas sebab dah follow full day tour kat Bali so sampai Malam. tapi sempat lagi ke pekan kulta kalau tak salah , mintak gak pak guide sebab nak g tengok hard rock bali... must visit place kalau ke Bali kan , so lepas lah.. rupanya dekat saja dengan hotel kami ... maka hari ketiga.. inilah port kami .. mula dari jam 6 petang di Bali , kami berjalan - jalan sekitar hotel. hari tu hujan , tapi tak lebat, and malam tu jalan jer basah. memandangkan kami jalan di tepi - tepi jalan tu , maka adalah sahabat kami ni yang mandi air jalan tu .. heheh tak per kenangan di Bali kann. so Malam tu pusing lah.. banyak club di sekitarnya... ala ala macam bukit bintang jer kut kalu kat mAlaysia.. puas la.. berjalan .. jumpa jugak la orang malaysia.... teka .. hehheeh team melodi ... ada wahid , abng nas n ramai lagi la team tu .. last - last semua p makan kfc.. team2 ni kat bawah , kami naik atas.. tapi yang bstnya ... sampai jer tangga .. depan kami ada zahid.. ceh kontrol buat tak tahu jer.. duk la kat tepi ... hehehe... kata dah ... kalu ada fafau .. memang nak amik gambar.. tup tup lala n n lisa, ,naik .. teka kami jumpa sapa ? sapa > fafau... oo tidak... jom turun .. hehhehe ala ala turun .. ala ada plak ngan team - team tu .. tak best la kalu nak p kan .tadi buat tak tau kan.. heheh so lepas la.. tapi ok gak la... esoknya dia balik sekali ngan kami satu flight ..so heheheeh....
kalau bab duitnya,, kat sini pakai rupiah jugak... masa nak g tu ,, dengar gak ada orang kata pakai dolar , tapi . bila dah g , pakai rupiah ja pun... tapi agak tinggi lah jugak taraf hidupnya... agak mahallah ...
ok stop dulu.. nanti plak la...
Monday, November 22, 2010
Kisah negeri ganu
KU HIKAYATKAN TERENGGANU …..
OLEH : MAISARAH ABD HAMID
EPILOG
Dah 3 tahun rupanya aku bermaustatin di Terengganu ni.. Macam – macam kenangan yang aku dapat selama kat sini. Banyak tempat yang aku dah pergi. Daripada sebelum kenal tempat ni , sampailah boleh kata aku kenal jugakla tempat – tempat kat sini. Banyak juga benda yang aku cari , nak belajar pasal tempat ni. Dah orang kata kalu tak kenal maka tak cinta. Aku kenal – kenallah skit – skit pasal tempat ni walaupun tak banyak. Rasanya boleh la kalu nak cita pengalaman – pengalaman aku ni kan. Jadi aku hikayatkan Terengganu ni untuk semua.
PENGENALAN
Rasanya dulu Terengganu ni asing sangat dengan aku. Macam jauh jer dari Utara nak sampai ke Terengganu ni. Kali pertama aku sampai tahun 2005 masa aku praktikal di Tourism Malaysia Penang. Masa tu ada Misi Jualan Domestik Kelantan dan Terengganu dan aku bernasib baik sebab dapat peluang ikut sekali. Pertama kali aku sampai kat sini dah jatuh cinta kat suasananya.
Kalau sebut Terengganu ni, rasanya tak asing dah dengan khazanah alam semujadinya. tErmasuk jugak la dengan keseniaan, kebudayaan dan juga artifak – artifak pelancongannya. Sebut jer Terengganu, rasanya banyak benda yang orang akan bayangkan.. aku rasa yang selalu orang bayangkan mestilah pulau – pulau kat sini, pulau redang , pulau perhentian , pulau tenggol , pulau kapas, pulau bidung dan banyak lagi. Kalau tak salah, jumlah pulau yang terkenal di Terengganu ada tujuh. Selain tu , sebut jer tasik kenyir , mesti kaki pancing senyum jer dengar, belum lagi makanan seperti nasi minyak , nasi kerabu , nasi dagang , keropok lekor , sata dan kena pulak dengan budu kan. Belum lagi dengan sejarah – sejarahnya terutama dengan sejarah kedatangan islam , Mat Kilau dan banyak lagi. Kalau nak tengok artifak – artifak pelancongan seperti muzium yang terbesar , tempat penyu mendarat dan bertelur, taman tamadun islam , Batik dan pasar payangnya dan banyak lagi memang tak sempat dalam satu hari . rasanya paling pendek kalau nak melawat Terengganu ni 3 hari lah. Kalau nak lama lagi memang banyak aktiviti yang boleh di buat di sini.
Dungun Terengganu
Dungun adalah daerah ke dua yang terbesar di Terengganu. Keluasannya adalah seluas 273,487 ha. Di dalamnya terdapat 11 mukim, 4 dun dan 97 JKKK. Keunikkanya jugak adalah pantai sepanjang 52KM. Nama Dungun ini di ambil daripada nama pokok Dungun iaitu pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.
Sejarah awal Dungun dikatakan bermula sejak dari zaman pra sejarah neolitik ( 2500 hingga 800 SM). Ini dibuktikan dengan penemuan Gelang Batu di Sungai Kerai , Dungun. Mengikut lagenda, Dungun dipercayai dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung Sumatera berdasarkan beberapa bukti iaitu antaranya adalah kebanyakkan orang dungun adalah berasal daripada Indonesia dan selain itu , nama kampong – kampong di Dungun juga sama dengan nama – nama tempat di Indonesia antaranya adaah Kampung Binjai , Kampung Bemban dan sebagainya.
Bandar Dungun ini adalah antara Bandar tersohor pada zaman kegemilangan aktiviti perlombongan Bukit Besi. Lombong bijih besi ini berkeluasan 1615hektar dan terletak dalam Mukim Besul. Ianya merupakan lombong bijih besi terbuka yang terbesar di Asia Tenggara di antara tahun 1929 – 1960. Operasi perlombongan di tutup pada 1 Oktober 1970. Walau bagaimanapun , kesan – kesan perlombongan bijih besi ini masih dapat di lihat terutama kepada mereka yang ingin melihat sendiri lombong bijih besi ini. Banyak tinggalan sejarah hasil daripada perlombongan bijih besi ini dapat di lihat di Dungun.
Selain daripada keunikan alam semulajadinya, Daerah ini juga kaya dengan aktiviti kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri. Cerita – cerita rakyat suatu ketika dulu memang digemari oleh penduduk – penduduk Dungun. Antaranya adalah seperti Cerita Anggun Cik Tunggil , Raja Muda Sultan Kali, Raja Dewa dan Malim Duana.
Bersambung…
Hulu Terengganu (http://mdht.terengganu.gov.my
LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU
Kawasan Daerah Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim yang berjumlah seluas 387,462.60 hektar. Ciri-ciri daerah adalah:
- Sebahagian daerah adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir iaitu di bawah pentadbiran KETENGAH seluas 209,199 hektar.
- Bersempadan Negeri Kelantan dan Pahang yang mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua – Taman Negara Malaysia. Dalam lingkungan kawasan Central Forest Spine negara.
- Ia menjadikan daerah ini kawasan sensitif alam sekitar - 99% tidak boleh dibangunkan.
- Dari aspek pembangunan, terletak dalam pengaruh bandar Kuala Terengganu (30 minit/45 KM).
- Perhubungan masa hadapan yang sangat baik dengan kewujudan Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II menghubungkan dengan Selatan dan Barat Semenanjung.
- Lembangan subur pertanian di Sungai Terengganu dan tumpuan penduduk di Timur (Kuala Berang/ Ajil/Kuala Telemong).
- Kawasan Warisan Sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan kedatangan Islam di Semenanjung pada 702 H (1303 M); lebih awal daripada Melaka.
- Kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.
- Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang merupakan penempatan utama penduduk dan Kuala Berang sebagai pusat pentadbiran daerah dan perniagaan sementara Ajil sebagai kawasan industri utama dan perumahan.
- Laluan utama semasa adalah Jalan Kuala Terengganu-Ajil-Kuala Berang dan Kuala Berang-Jerangau-Kuantan sementara Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II dijangka siap sebelum 2012
- LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU
- Kawasan Kajian
- LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU
Bil | Mukim | Keluasan | |
Hektar | % | ||
1. | Hulu Berang | 32,155.90 | 8.30 |
2. | Hulu Telemong | 24,032.30 | 6.20 |
3. | Hulu Terengganu | 264,025.60 | 68.14 |
4. | Jenagor | 12,727.00 | 3.30 |
5. | Kuala Berang | 7,127.70 | 1.84 |
6. | Kuala Telemong | 5,197.80 | 1.34 |
7. | Penghulu Diman | 16,336.40 | 4.22 |
8. | Tanggul | 6,897.90 | 1.80 |
9. | Tersat | 18,968.00 | 4.90 |
Jumlah | 387,462.60 | 100.00 |
Tuesday, October 26, 2010
ISTANA MAZIAH
Tapak istana Maziah ini adalah Istan yang ketiga di bina pada zaman Sultan Zainal Abidin iii. istana yang pertama adalah dibina pada zaman Sultan Mansur SyahII(1831 - 1836) pada tahun 1834. walau bagaimanapun , pada tahun 1882, istana asal ini telah terbakar.
selepas itu , istana lain pula telah di dirikan di atas tapak ini. Istana yang kedua atau lebih dikenali sebagai istana hijau telah di bina pada 7 zulhijah 1281 bersamaan 3 mei 1865. istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Baginda Umar . tetapi ianya turut terbakr.
seterusnya wujudlah Istana Maziah sekarang yang di bina pada tahun 1895 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Mengikut sejarah, Istana ini di buat pada hari jumaat 7 Zulhijah 1313 bersaam 1 Jun 1895. Ianya lengkap dan sedia untuk di istidaian 'naik istana' pada 7 ogos 1903. Istana ini dibina dengan ketua arkiteknya adalah Tengku Chik Abu Bakar iaitu Ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Pekerjanya adalah seramai 20 orang termasuk melayu dan cina.
bersambung..