Friday, October 16, 2009

trip to Taman Negara Jerantut Pahang.

tarikh 8 Oct 2009 sehingga 10 Oct 2009 , satu trip telah di adakan ke Taman Negara Pahang. trip ini di sertai 32 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 4 dan seorang pensyarah pengiring. pakej yang di ambil adalah daripada Jenut Holiday.

perjalanan daripada UiTM Dungun bermula pada jam 10 pagi. kami menaiki bas catar dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. semasa dalam perjalanan , beberapa game di adakan untuk memeriahkan suasana. satu soalan telah di keluarkan , pelajar di kehendaki mengenalpasti apa perbezaan di antara bas catar dan bas persiaran. mengikut maklumat yang di ketahui , bas catar tidak memerlukan pemandu pelancong berbanding dengan bas persiaran. selain itu , bas catar hanya perlu berdaftar dengan LPKP berbanding dengan bas persiaran yang memerlukan lesen daripada kementerian pelancongan. dan akhir sekali , bas catar boleh di warnakan dengan pelbagai warna berbanding dengan bas persiaran yang memerlukan warna hijau pada bas tersebut.

pada jam 5 petang , kami tiba di Main entrance Taman Negara. setelah di beri sedikit penerangan daripada tour manager , kami mula memasang khemah. tapak khemah adalah di luar Taman Negara iaitu berhadapan dengan Sungai Tembeling. untuk sampai ke Taman Negara , kami perlu menyusur sungai Tembeling. khemah siap di pasang pada jam 6 petang. selepas itu , pelajar - pelajar merehatkan diri sebelum melakukan aktiviti seterusnya. pada jam 7 malam , kami berkumpul dan sembahyang maghrib berjemaah. selesai solat maghrib , hujan mula turun. mujur hampir semua membawa baju hujan. selesai solat , kami bergerak ke restoran untuk makan malam. aktiviti pertama malam itu , dan itupun di lakukan dalam hujan. sudah makan malam , lebih kurang jam 8.30 malam , kami meneruskan program night walk ke Taman Negara.

daripada 33 peserta , kami di bahagikan kepada 3 kumpulan bersama 3 nature guide. setiap kumpulan memakai baju yang sama warna untuk membezakan kumpulan. ada kumpulan merah , coklat dan oren. malam itu , bermulalah aktiviti berkumpulan. kami menaiki bot untuk sampai ke Taman Negara. sampai di seberang , kami ke bilik tayangan untuk melihat Taman Negara video show. selesai melihat tayangan lebih kurang 15 minit , kami melihat pulak ruang pameran yang memaparkan gambar - gambar haiwan , orang asli dan banyak lagi. selepas itu , kami memulakan aktiviti nightwalk . memandangkan cuaca agak basah , tidak banya binatang yang kami temui. menurut pemandu pelancong , tujuan perjalanan malam itu adalah untuk melihat serangga. jadi kami di minta untuk fokus kepada aktiviti tersebut . malam itu , hanya beberapa jenis serangga sahaja yang di temui tapi kami amat berpuas hati. sesudah night walk , semua pulang ke khemah dan tidur

hari kedua..

No comments:

Post a Comment