Saturday, October 24, 2009

hari kedua

malam hari pertama , hujan turun renyai - renyai, tak lah basah sangat dan masih mampu untuk tidur di dalam khemah. ada juga yang khemah masuk air la macam - macam lah tapi yang pastinya malam tu semua leh tidur

pukul 4 pagi , ,cuaca betul - betul sejuk. suasana memang sunyi. hanya boleh mendengar suara - suara haiwan dari Taman Negara. geng - geng sentri pun dah selamat tidur.

pukul 6.30 pagi , semua bangun solat subuh dan bersiap untuk program seterusnya. selepas semua selesai bersiap dan di beri sedikit briefing , semua menuju ke restoren untuk sarapan.

selesai bersarapan dalam pukul 8.30 ,, semua peserta buat warm up memandangkan mereka akan melakukan aktiviti lasak. jadi kalau tak ada warm up , akan ada kemungkinan kaki akan krem atau sebagainya

seterusnya aktiviti pertama bermula. semua peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan , kumpulan merah , coklat dan oren. aktiviti pertama adalah menaiki bot untuk ke seberang sungai Tembeling ke Taman Negara. sampai di seberang , peserta mengikut kumpulan masing - masing dan mula trekking di Taman Negara. selepas lebih kurang setengah jam ke 45 minit berjalan dan menghayati keindahan hutan dengan pelbagai flora terutama pokok yang di label , kami akan meneroka gua telinga

mengikut maklumat yang di beri oleh nature guide , gua telinga mendapat nama daripada satu batu yang terdapat di pintu masuk gua tersebut. batu tersebut menyerupai bentuk telinga dan oleh sebab itu ianya di namakan gua telinga. meneroka gua itu mengambil masa lebih kurang setengah jam. aktiviti yang menarik untuk pelancong. menyusur anak sungai , di kelilingi oleh kelawar dan batu - batu yang cantik di dalam gua ini. penting untuk membawa lampu suluh semasa meneroka untuk memudahkan perjalanan

selesai pengembaraan gua telinga , semua peserta keluar dari gua dalam keadaan separuh basah. seterusnya semua orang menaiki bot untuk ke destinasi seterusnya. satu adengan yang agak melucukan , ada yang basuh kasut dari dalam bot dan sudahnya kasut di bawa air.

selesai menyusur hutan dan taman negara , kami ke jambatan gantung di Taman NEgara. Jambatan gantung ini adalah yang terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinngian 50 meter dari paras laut. tapi yang bestnya sebelum sampai ke jambatan tu, kenala panjat tangga dalam sepuluh minit. sampai jer rehat jap, then amik tiket n sambung journey atas jambatan. atas jambataN, setiAP seorang kena jarak dalam 5 meter then bolehla amik masa tengok hutan dari atas jambatan.

selesai jambatan , turun tangga n naik bot dan mulalah aktiviti water rafting. puas la kena main air atas bot sebelum pergi lunch. then makan lunch kat restoren terapung. makan dalam keadaan basah dan letih memang menyelerakan. habis satu pinggan tambah lagi ...

selesai makan beristirehat dan mandi sungai di sekitar kawasan restoren. banyak masa yang di habiskan di sini memandangkan waktu sembahyang jumaat. so kena la mandi sungai kat sini dekat 2 jam. wajib berendam plak tu.. puas la main air

dalam pukul 3 , kami teruskan ke aktiviti seterusnya naik bot , main air dan pergi ke perkampungan orang asli. di sini , kami di beri peluang untuk melihat bagaimana orang asli membuat api , membuat mata panah menyumpit .. aktiviti yang memang di sediakan untuk pelancong. orang asli di sini adalah orang asli ---------- . lupa dah namanya. mereka berkulit gelap , berambut afro kerinting lebat dan setengahnya boleh bercakap melayu. walau bagaimanapun mereka mempunyai bahasa mereka sendiri. selain itu , satu rumah di situ melambangkan satu family. untuk menyediakan rumah tersebut , kaum asli lelaki akan pergi mencari daun nipah dan kaum wanita akan menganyam bumbung rumah dan rumah tersebut. selalunya lelaki akan pergi berburu untuk mencari makan. mereka tidak makan binatang yang di atas tanah tapi mereka akan makan binatang yang berada di atas seperti burung dan sebagainya. selalunya mereka hidup berpindah randah terutama jika berlaku kematian , mereka akan berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain . selalunya mereka akan mempunyai tok batin yang akan menjaga mereka.

selesai aktiviti di perkampungan orang asli , kami menaiki bot semula dan sekali lagi membasahkan diri dan berhenti di satu kawasan pembangunan kawasan orang asli untuk tujuan pembikinan movie. tempat itu di bangunkan dan orang - orang asli akan berada di situ , mereka juga membawa orang asli dari Australia untuk tujuan pembikinan movie tersebut. kawasan itu adalah kawasan lapang. jadi ada yang bermain volleyball dan ada juga yang mandi . tapi banyaknya aktiviti mengambil gambar.

selesai program tersebut, , kami menaiki bot dan pulang ke tapak perkhemahan. setiap orang berehat sementara wakti maghrib. selesai maghrib , semua menuju ke restoren untuk makan malam. selesai makan malam , setiap kumpulan di beri tugasan untuk membuat role play untuk setiap aktiviti yang mereka lakukan dari hari pertama sehingga malam itu. mereka membuat persediaan di kawasan restoren itu

dalam pukul 9 malam , kami pulang ke tapak perkhemahan dan membuat unggun api dan role play di lakonkan di hadapan role play. a nice activity. selesai aktiviti role play , proceed dengan kotak beracun. import khas pemain - pemain gitar dari taman negara dan foreign tourist. again nice activity dan semua sporting lah. hampir semua kena berlakon.

selesai role play , aktiviti menyanyi,. macam macam lagu yang keluar. tapi yang paling tak leh lupa lagu orang asli ________. selesai menyanyi , aktiviti last menari lagu joget pahang. again semua join termasuklah foreign tourist kat situ.

selesai .. budak 2 bersembang sampai kul 3 pagi dan esok pagi ... aktiviti lain pula menunggu

1 comment:

  1. Miss,

    1. Gua tu dinamakan Gua Telinga sebab bentuk dan alur masuk gua tu macam dalam telinga.

    2. Jambatan Gantung @ Canopy Walkway tu terpanjang didunia - 530 meter panjang dan 40 meter dari atas tanah.

    3. Orang Asli suku kaum Batek.

    4. Reality V show tu akan ambil Orang Asli dari Afrika.

    5. Lagu "Lebala"

    ReplyDelete