Tuesday, October 26, 2010
ISTANA MAZIAH
Tapak istana Maziah ini adalah Istan yang ketiga di bina pada zaman Sultan Zainal Abidin iii. istana yang pertama adalah dibina pada zaman Sultan Mansur SyahII(1831 - 1836) pada tahun 1834. walau bagaimanapun , pada tahun 1882, istana asal ini telah terbakar.
selepas itu , istana lain pula telah di dirikan di atas tapak ini. Istana yang kedua atau lebih dikenali sebagai istana hijau telah di bina pada 7 zulhijah 1281 bersamaan 3 mei 1865. istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Baginda Umar . tetapi ianya turut terbakr.
seterusnya wujudlah Istana Maziah sekarang yang di bina pada tahun 1895 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Mengikut sejarah, Istana ini di buat pada hari jumaat 7 Zulhijah 1313 bersaam 1 Jun 1895. Ianya lengkap dan sedia untuk di istidaian 'naik istana' pada 7 ogos 1903. Istana ini dibina dengan ketua arkiteknya adalah Tengku Chik Abu Bakar iaitu Ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Pekerjanya adalah seramai 20 orang termasuk melayu dan cina.
bersambung..
Thursday, July 1, 2010
umrah 2010
Friday, February 5, 2010
Satu Hari di Bukit Tinggi , Pahang...
Sunday, January 17, 2010
rafting at slim river





Sunday, December 20, 2009
exploring Balik Pulau







Kawasan ini adalah kawasan yang belum di terokai.. bangunanya terdiri daripada bangunan - bangunan lama dari zaman pemerintahan British. Balik Pulau suatu ketika dulu adalah kawasan pelarian di mana mereka melarikan diri daripada siam dan British.. lokasinya yang jauh di atas bukit membuatkan ianya sesuai untuk di jadikan tempat perlindungan pelarian
penemuan pertama kampung di Balik Pulau ialah Pondok Upeh dan Titi Keras. ianya di jumpai oleh orang melayu dan sehingga kini ianya kekal dengan bangunan melayunya..
Balik Pulau di majukan untuk industri pertanian. pelarian - pelarian yang melarikan diri pada zaman dahulu terlibat secara langsung dengan bidang ini dan sehingga kini Balik Pulau terkenal dengan pertanian .
Suatu ketika dahulu ,, Balik Pulau di tanam dengan tanaman seperti kopi , padi , buah kacang keras dan sebagainya.. walau bagaimanapun semua tanaman ini mengambil masa yang lama lalu mereka bertukar kepada tanaman durian yang menjadi tunjak kepada Balik Pulau sekarang ini.. terdapat beberapa sebab kenapa durian di pilih sebagai tanaman utama.. antaranya adalah kerana ianya mudah di tanam dan ianya mempunyai kelainan dari segi rasa dan bau..
Balik Pulau telah mula di terokai sejak dari tahun 1800 ke atas.. pada tahun 1900an,, terdapat banyak pembangunan yang dapat di lihat di kawasan ini antaranya pada tahun 1920 an ,, jika sesiapa pernah sampai KeBalik Pulau terdapat satu bulatan yang di bina pada tahun tersebut.. mengikut cerita ,, bulatan itu dahulu adalah tempat air ,, mereka mempercayai sekiranya air di bulatan tersebut berhenti mengalir ,, maknanya kawasan itu akan mati.. tetapi mengikut pandangan lain. air yang di sambung ke bulatan itu adalah daripada mata air.. memandangkan balik Pulau di majukan dengan pertanian ,, sekiranya air itu berhenti mengalir ini akan memudaratkan penduduk tempatan..
bangunan lama di sekitar pusat Balik Pulau itu suatu ketika dahulu adalah kongsi ataupun rumah panjang yang di didiami oleh orang - orang cina.. kawasan tersebut juga lebih sinonim dengan nama kongsi daripada nama balik Pulau.. ini terjadi pada sekitar tahun 1959an selepas kemerdekaan Malaysia..
selain itu, uniknya kawasan ini adalah rumah - rumah lamanya.. ianya masih di tinggalkan dengan bentuk asal yang mana binaannya mengikut seperti yang terdapat di kawasan warissan di Georgetown. selain itu , rumah - rumah masanyarakat cina juga di turunkan dari generasi ke generasi untuk penduduk tempatan..
ini adalah hasi daripada walking tril yang boleh di buat di sekitar pekan Balik Pulau ini. selain daripada pekan nya, Balik Pulau kaya dengan khazanahnya yang lain.. selain daripada itu , di sini terdapat seorang tukang yang membuat barangan silver sendiri. dia telah berusia 100 tahun dan tempat beliau menjadi tumpuan pelancong yang singgah ke Balik Pulau
Wednesday, November 18, 2009
Dungun Terengganu
Dungun , satu daerah di Negeri Terengganu. salah satu destinasi pelancongan di Negeri Terengganu.. walaupun tidak terlalu di kenali.. tapi cukup dengan pelbagai produk - produk pelancongannya..
destinasi pelancongan di Dungun boleh di bahagikan kepada beberapa zon ..
- Kawasan Kepulauan, Pesisiran Pantai dan Sungai
- Kawasan taman rekreasi , hutan lipur dan air terjun
- sejarah dan warisan
- gaya hidup
- homestay
- pendidikan
setiap zon ini mempunyai produk - produk pelancogannya yang tersendiri. di bawah zon kawasan kepulauan , persisiran pantai dan sungai : Dungun mempunyai beberapa produk seperti Pulau Tenggol yang memang terkenal dengan aktiviti skuba diving , snorkeling , sukan berasaskan air dan sebagainya. Pantai Teluk Lipat terkenal di kalangan pelajar - pelajar dan rakyat tempatan. tempat untuk beristirehat sambil melihat Laut China Selatan yang begitu indah. Pantai Rantau abang pula terkenal dengan kisah penyu belimbing sekitar tahun 1990 an dan tarikannya yang tersendiri. Pantai Teluk bidara pula di kelilingi oleh perkampungan nelayan dan memang menarik dan istimewanya di sini terdapatnya Tanjung Jara resort yang bertaraf 5 star di Dungun.
selain daripada pulau dan pantainya, Dungun kaya dengan tempat - tempat rekreasinya. antara yang terkenal adalah Hutan Lipur Chemerong. berdekatan dengan Hutan Lipur ini terdapat Homestay pasir Raja dan terdapatnya Hutan Simpan Pasir Raja. kawasan ini memang belum di terokai dan kaya dengan khazanah alam semulajadinya. Air Terjun Chemerong adalah air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dan Hutan simpan ini terdapatnya pokok cengal yang terbesar. selain itu , di Sungai Loh Pasir Raja , Pengunjung boleh melakukan aktiviti rafting di sini.
Di Kawasan Air Terjun Chemerong ,terdapat tapak perkhemahan kepada sesiapa yang ingin berkhemah di kawasan alam semulajadi. sebaiknya jika ingin meneroka hutan simpan ini , dapatkan perkhidmatan pemandu pelancong semulajadi kerana mereka boleh memberi maklumat yang lebih banyak berkenaan dengan Hutan simpan ini. selepas penat menyusuri hutan , pengunjung bolehlah merehatkan badan dengan bermain air terjun di sini. kawasan ini memang amat sesuai dan cantik dan memang tidak terdapat banyak pembangunan di sini. keselamatan adalah terjamin kerana terdapat security guard yang berjaga di kawasan ini. dan yang lebih istimewa , di dalam tempat ini tidak terdapat talian telefon.. tapi jika pengunjung ingin menggunakan telefon , mereka boleh mendaki bukit yang berada di hadapan tapak perkhemahan sambil melihat pemandangan sekitar tapak perkhemahan ini dan melihat keindahan air terjun Chemerong. selain itu , terdapat fasiliti seperti wakaf , tandas , balai dan sebagainya untuk kegunaan pengunjung semasa berkhemah di sini.
Homestay Pasir Raja adalah salah satu produk homestay yang memang di popularkan di Terengganu.
to be continued ...
Friday, November 13, 2009
muzium negara





kenapa agaknya teringin sangat kaki aku nak g ke sana.. mungkin sebab selama ni lalu jer kat depan dia , tak pernah nak rasa nak masuk pun.. so kali ni aku nekad dan nasib baik ada member aku nak temankan aku g sana. tak la boring sesangat g muzium sengsorang. niat di hati nak g muzium ngan zoo. tapi bila pikir balik ,, aku patah kaki ni.. naik public transport jer.. kalau drive memang aku on jer lah..
aku bertolak dari shah alam.. naik bas dari Shah alam ke KL Central. tak la jauh cuma dalam 45 minit.. pengalamn yang best.. ada orang tak betuil yang naik bas sekali.. ah tensennya nak kena menghadap dia n dengar dia bercerita.. kesian ada jugak orang macam tu.. tp nak wat mcm mana itu ujian yang MAha Esa so terima sajalah..
sampai di KL Sentral , kami berfikir jap nak jalan kaki ker nak amik cap jer la. actually jarak dia bukan la jauh sangat. kalau foreigners memang dah jalan kaki pun tapi memandangkan kami ni selocalnya anak Malaysia so keputusannya amik Cap jer la ke sana. tak la mahal pun dalam RM 5 ke RM 7 macam tu lah.. dia hantar betul2 kat depan Muzium.. banyak gak la bas persiaran kat san so maknanya banyaklah group yang g sana. kalu ikut City Tour KL , MUzium NEgara ni memang termasuk dah dalam itinerary..
Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.
tiket masuk Muzium Negara RM2 kalu tak salah la lupa dah.. so mula - mula sekali check in dalam muzium negara.. so lepas tu bermulah eksplorasi Muzium NEgara.. nak habis pusing dalam 3 jam cukup dah kat sini. tapi kalu bawak group bagi 2 jam cukuplah.. tapi kalu datang sendiri amik la masa dalam 3 jam kat sini..
kebetulan pada masa kami samai tu ada pameran permainan tradisional.. so untung gak la boleh tengok permainan zaman kaknak - kanak dulu.. ada yang familiar ada yang dak.. sementara tu amik la peluang main congkak .. lama tak main kan.. teringat cita jangan pandang belkang congkak masa tu. ada banya jenis congkak.. ada congkak kecik dan ada jugakla yang besar.. bestnya kalu bawak kanak- kanak. biaq depa tengok sendiri permainan ni.. nak main memmang payah dah especially kalu kat Kl so ini ja lah peluangnya..
Muzium ni tak la sebesar muzium di Terengganu. ada 2 tingkat dan di bahagikan kepada 4 banahian. setiap bahagian ada temanya,. ada 4 galeri di sini.. galeri 1 : galeri sejarah awal ..
Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.
galeri 2 : galeri kerajaan - kerajaan melayu
Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.
galeri 3 : galeri era kolonial
Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini
dan galeri terakhir : galeri Malaysia KIni
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.
source : http ://www.muziumnegara.gov.my
makanya habislah 3 jam kami melawat sekitar muzium negara.. kaki pun dah rasa macam nak patah gak lah.. so lepas tu keluar la dari muzium tu.. akt luar , g la jap jalan2 kat sekelilingnya tengok umah melayu.. dah tu kat luar tu ada lah pakcik2 yang jual aiskrim.. so memandangkan cuaca yang panas.. maka belilah aiskrim sebelum pulang.. sempat jugaklah pergi ke kedai souvineer.. cari magnet taman negara n keychain dapat gak lah.. dapat satu lagi .. buku pasal taman negara.. best buku tu.. dia cita pasal taman negara di Malaysia.. untung jugakla aku beli buku tu at least dapat gak la tambah pengetahuan..
lepas tu kami pun pulanglah ke Shah Alam.. selepas keletihan . nasib baik tak g zoo plak kalu tak memang patah kaki jugak lah.. tapi at least muzium negara memang a good place for educational tourism.. so Malaysia..here is another resources that we have...