Wednesday, May 15, 2019

BUKIT BESI TERENGGANU : BANDAR WARISAN, BANDAR PELOMBONGAN, BANDAR PELANCONGAN



Bandar Bukit Besi : Bandar Sejarah , Bandar Perlombongan, Bandar Pelancongan 

 Maisarah  : ) 

" Bandar Bukit Besi pernah menjadi bandar metropolitan, daerah termaju pada zaman kegemilangan perlombongan bijih besi melebihi  daerah lain termasuk Dungun" 
( Wan Rosli dari Persatuan Sejarah Terengganu). 

Bukit Besi, satu daerah di Dungun Terengganu pernah menjadi daerah yang maju dan kini ia sedang bergerak ke arah modenasi untuk sama - sama membantu membangunkan negeri Terengganu. Nama Bukit Besi bukan lagi nama yang asing terutama dalam aktiviti perlombongan. Nama asal tempat ini  adalah "Bukit Seri Bangun" sebelum di tukar ke Bukit Besi pada tahun 1931.   Kawasan ini telah di terokai  oleh Dua Kuasa asing pada zaman  penjajah iaitu Jepun dan British untuk mengambil khazanah asli yang terdapat di kawasan ini iaitu "bijih besi". 

Bukit besi dikatakan wujud sejak tahun 1700 lagi. Penduduk asal kawasan Bukit Besi pada masa itu terlibat dengan aktiviti pertanian termasuk penanaman padi. Pada tahun 1919,Penyelidik Jepun telah menemui batu - batu bijih besi di kawasan ini. Maka Pada tahun 1930, kerja - kerja perlombongan mula di jalankan oleh pihak Jepun. Buruh - buruh perlombongan pada masa itu terdiri daripada 130 orang pekerja Jepun dan hampir 1500  kepada 3000 orang pekerja tempatan. 

Hasil bijih besi yang di lombong di Bukit Besi telah di hantar ke negara Jepun untuk di proses. pada Zaman Jepun, hasil bijih besi dibawa dengan gerabak keretapi dari Bukit Besi ke Sura Jetty Dungun dan dihantar ke Jepun menggunakan Tongkang. Mengikut cerita, hasil bijih besi yang dibawa ke jepun dibawa bersama dengan tanah - tanah aitu yang masih belum di proses dan proses dijalankan di Jepun dan tanah - tanah tersebut hampir twujudkan satu pulau di Jepun. 

Zaman Jepun berakhir selepas perang dunia kedua dan pada tahun 1948, British di bawah EMMCO telah mengambil alih kawasan perlombongan ini. Pada zaman British, Bukit Besi telah mencapai tahap kemajuan di mana landasan kapal terbang di bina, sekolah dan perubatan di beri secara percuma, aktiviti perlombongan dimajukan, kawasan rekreasi dibina seperti Kolam renang dan Kelab untuk pegawai - pegawai, pejabat pos dan banyak lagi. Pada masa inilah Bukit besi menjadi daerah yang maju berbanding yang lain. 

Selain itu, EMMCO juga telah menjalankan sistem barter dengan Thailand untuk penukaran bijih besi dengan padi. Oleh yang demikian, masalah makanan bukanlah yang utama di daerah ini. Malah perlombongan bijih besi telah dimodenkan dengan menggunakan jentera - jentera moden dan hasil bijih besi yang di jual ke Jepun adalah yang telah di proses di sini. 

Zaman kegemilangan Bukit Besi sebagai bandar perlombongan sampai ke akhir  pada 1971 apabila EMMCO menghentikan perlombongan dengan alasan bijih besi telah berkurangan, kerenah birokrasi dan kerenah kesatuan pekerja. Apabila syarikat EMMCO meninggalkan Bukit Besi, hampir semua pekerja turut berpindah dan kawasan Bukit besi ditinggalkan dan ada yang dimusnahkan. 

Pada tahun 1973, KETENGAH telah diwujudkan dan antara bidang tugas organisasi ini adalah membaik pulih daerah Bukit Besi ini. Antara tindakan yang di ambil oleh KETENGAH adalah mewujudkan penempatan baru, jalan - jalan perhubungan dan kemudahan - kemudahan asas. 

Kini, Bandar Bukit Besi sekali lagi akan dimajukan dengan menggunakan hasil tinggalan dari aktiviti perlombongan kepada bidang pelancongan. Pada 2030, tempat ini dijangka akan dikenali sebagai Bukit Besi Bandar Bersejarah terutama dalam aktiviti perlombongan.Beberapa artifak - artifak tinggalan perlombongan seperti "CHIMNEY, TIN PLANT, TEROWONG BELTING, STOCK PILE 1, 2 , CRUSHING PLANT, SETOR BAHAN LETUPAN DAN RUMAH NO . 1 " akan dinaiktaraf dan sebahagiannya adalah kawasan "jejak warisan" yang di jangka akan menarik ramai pelawat dalam dan luar negara untuk belajar tentang warisan perlombongan ini. Selain itu, beberapa tarikan lain turut dibina untuk sama - sama menaikkan nama bandar bukit besi ini seperti Rekreasi di Tasik Puteri dan Muzium Perlombongan Bukit Besi. 

Oleh yang demikian, sewajarnya generasi sekarang dan generasi masa hadapan turut menghargai tinggalan - tinggalan warisan yang terdapat di Negara kita. Melalui Sejarah, kita mengenal tamadun dan melalui sejarah kita bangkit semula. Semoga impian 2030 Bukit Besi Bandar Bersejarah dapat dicapai. 


* Terima kasih kepada KETENGAH dan Persatuan Sejarah Dungun* 

No comments:

Post a Comment