tarikh 7 jun 2010 hingga 17 jun 2010 adalah satu lagi tarikh yang amat bermakna. aku di beri kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk aku menjadi tetamuNYA. rasanya aku bagai bermimpi... tapi itulah kenyataannya.. aku dapat menunaikan Umrah dan ziarah selama sepuluh hari.. rasanya sepanjang percutian dan perjalanan aku untuk mencari ilmu di tempat - tempat asing.. rasanya ini adalah tempat yang terbaik dan insyaallah andai di izinkan aku akan kembali lagi ke bumi bertuah ini..
perjalanan ini tidak di rancang..kebetulan abang aku yang sorang ni nak pergi.. makanya aku pun mintak la kepada bapakanda ntuk ikut sekali.. banyak juga la syarat - syaratnya... antaranya kena ada wali la , kena ada saksi la .. apa2 la... tp alhamdulilah aku dibenarkan pergi .. secara tiba - tiba... makanya tidak ramai yang mengetahui tentang pemergianku ke tanah suci ini. aku pun tidak berani nak bercerita banyak , kerana status pemergianku jugak masih kabur. kebetulan pula.. keputusan ini di buat sebelum aku ke kursus asas pemandu pelancong semulajadi.. makanya memang tidak ramai yang mengetahui.. surat kebenaran untuk ke luar negara pun aku cuma faks dari perlis .. nasib baik kawan baik aku yang sorang ni banyak membantu.. terima kasih jugak la kepada dia..
sepanjang kursus nature guide tu, aku memang mencuri masa... kursus tu sendiri saja banyak yang nak kena belajar.. dah aku sempat jugak curi masa untuk membaca buku- buku asas menunaikan umrah.. takut memang ada dalam hati.. terutama pergi tanpa persediaan.. aku pergi tanpa kursus. cuma beberapa hari sebelum.. abang aku yang sorang ni la yang ajar skit - skit.. tp rasa takut tu memang ada.. terutama nak ke tempat suci ni....
selepas kursus asas nature guide habis pada 25hb mei, aku balik semula ke dungun... menyelesaikan tugas - tugas yang belum selesai... 3hb jun baru aku pulang ke penang. masa memang singkat.. cuma sempat g umah maktok sahaja.. yang lain tu semua tak sempat pegi.. x per lah... balik ni dah jumpa semua...
6hb malam kami bertolak dari masjid bertam. sebelum memulakan perjalanan, kami mulakan dengan bacaan yasin di masjid. kali ni ada lebih kurang 30 jemaah dari penang. dengan 2 orang ustaz merangkap tok ayah iaitu ustaz rosli dan ustaz khairul fitri... malam tu, mira , sarah , mirul ngan man follow hantar ke klia..selepas bacaan yasin, dalam pukul 12 kami bertolak dengan bas persiaran cik din...
jam 6 pagi kami sampai di KLIA dan kami solat subuh dan mandi di masjid KLIA.. pada saat tu, barulah terasa debarannya.... sesuadah solat subuh, kami terus ke KLIA... makan pagi di sana.... jam 9 pagi kami check in.... budak2 ofis ni la yang wat check in kat KLIA.. perjalanan kami menaiki oman air... pada awal perjalanan tu , tak kenal sangat semua jemaah.. macam tu jer la.. tp selepas 10 hari tu.. insyaallah rasanya ingat semua kut...
flight kami pukul satu ... dari KLIA ke Oman.. aku duduk dengan abang... masa tu tak yah kata.. rasa hati ni.. macam macam.. gembira dan berdebar tu memang ada... sesungguhnya aku bersyukur sangat kerana di beri peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini... sepanjang perjalanan, rasanya dekat 8 ke 10 jam kut.. tak perasan dah.. banyak sangat time differences dia... atas flight .. banyak tido jugak lah.. tido makan.. ada tv, tp masa g tu x explore sangat pun.... kami transit 6 jam di airport oman.. duk dalam tu jer lah,.... walaupun lama.. tp rasanya sekejap sahaja.. selepas tu kami teruskan perjalanan ke jeddah..rasanya lagi 2 jam... kami sampai di jeddah rasanya tengah malam jugak lah.... selepas selesai semua proses, kami menaiki bas ke
Madinah.. rasa macam nak subuh di masjid nabi, tapi x sempat jugak.. makanya kami subuh di R&R di sana... lain sangat la dengan Malaysia.. sesudah subuh.. ada yang makan , ada yang minum jap... selepas tu kami teruskan perjalanan ker Madinah..... ..