Perjalanan kali ini adalah tidak di rancang. Tiba - tiba sahaja terasa ingin singgah sebentar di Bukit Tinggi semasa dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Dungun. Sudah lama berniat untuk ke tempat ni , akhirnya kesampaian jugak..
Bukit Tinggi ni adalah salah satu tempat peranginan tanah tinggi di Pahang selain Fraser Hill , Cameron Highland dan Genting Highland. Ketinggian tempat ini adalah 2500 dari paras laut. Perjalanan ke atas Bukit Tinggi hanyalah setengah jam dengan menaiki Myvi. jalannya agak berbengkang bengkok tapi apabila melihat pemandangan - pemandangan bangunan di atas tempat ni rasanya berbaloi la masa tu. Bayaran Masuk adalah RM 10 kalau tak salah untuk dewasa.
Antara tempat - tempat pelancongan sekitar kawasan ini adalah Taman Arnab, JApanese Tea Garden , Botanical Garden, Colmar Tropicale dan tempat menunggang kuda. Tempat pertama yang kami lawati adalah Taman Arnab.Taman ini macam mini zoo dan sesuai untuk keluarga. untuk masuk ke taman ni , ada bayaran masuk kalau tak salah RM 3. sebelum tu kalau ada yang minat menunggang kuda , Berjaya Hill Horse Riding ada di bahagian mula sebelum sampai ke Taman Arnab ni.
Selepas itu , kami menaiki ke bahagian atas lagi. Bermula daripada sini lah , Pemandangannya seolah bukan berada di Malaysia. Bangunan - bangunan berkonsepkan kolonial memang menarik sesiapa pun untuk singgah ke sini. kami ke tempat yang wajib di lawati sekiranya ke Bukit Tinggi iaitu Colmar Tropicale. pemandangan di sini memang bukan seperti di Malaysia. di sini bangunannya berkonsepkan bangunan Perancis. Terdapat hotel di sini bagi yang ingin menginap di Bukit Tinggi. Bagi yang gemar mengambil gambar , tempat ini juga adalah syurga untuk pemandangan - pemandangan yang menarik. Malah sepanjang kami berada di sana , ramai jurugambar - jurugambar yang mengambil gambar di sini. Pengunjung - pengunjung di sini terdiri daripada rakyat tempatan dan pelancong asing. Rasa - rasanya 3 jam jugalah kami menghabiskan masa di Colmar Tropicale ni. Selain melihat pemandangan, di sini juga terdapat restoren - restoren dan terdapat liveband yang membuat persembahan. Selain itu , terdapat juga permainan - permainan lain untuk di main di sekitar kawasan ini.
Tak puas rasanya 3 jam di sana , tapi di sebabkan halangan masa , kami meneruskan perjalanan ke Japanese Tea Garden. kalau di ikutkan , pelancong boleh menaiki tren yang di sediakan untuk ke sana daripada Colmar Tropical , tapi memandangkan kami harus pulang selepas itu , kami menaiki kereta dan parking di bahagian pintu masuk ke Perkampungan Jepun . Dalam lima minit jugaklah tunggu tren tak sampai di bahagian bawah ni , kami pun panjatlah jalan untuk ke tempat ini. tak lah jauh sangat pun , lima minit jer mendaki. sampai di sana , kebetulan adalah peminat - peminat alam yang meminati burung(birdwatching tourism). Maka kami pun berhenti sebentar untuk melihat aksi - aksi mereka mendengar dan mengenalpasti jenis burung yang terdapat di sekitar kawasan ini. Tapi sebenarnya syurga sebenar untuk peminat burung adalah di Fraser Hill , tapi walaubagaimanapun , di kawasan ini juga terdaapt burung - burung daripada jenis yang lain. mengikut kata sahabat pemandu pelancong saya yang kebetulan membawa pelancong arab pada masa tu , peminat -pemint burung ni tinggal lebih kurang sebulan di kawasan ini untuk melihat burung - burung yang terdapat di kawasan ini. Apa yang menariknya, peminat -peminat burung ini adalah pelancong asing dan tempatan yang bergabung minat yang sama untuk belajar mengenai burung - burung yang terdapat di sekitar kawasan ni. Kembali ke kawasan Perkampungan Jepun , di kawasan ini terdapat Japanese Tea Garden , Sakura dan Uma Tatami Suite dan juga Taman Botanical Garden. para pelancong boleh menyertai upacara meminum teh yang di sediakan di kawasan ini. selain itu , bagi peminat - peminat alam , kawasan ini memang unik kerana terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di sini.
Kamipun tak mengambil masa yang lama kerena keletihan dan harus mengejar masa untuk pulang ke destinasi kami. Maka perjalanan kami berakhir dengan kepuasan dan keletihan di Bukit Tinggi Pahang. satu lagi pengalaman yang amat menarik dan satu lagi eksloprasi ke tempat pelancongan utama di Malaysia. oleh itu , jom cuti - cuti satu Malaysia kerana segalanya ada di Malaysia.