Sunday, February 20, 2011

kenali terengganu lagi .....

banyak versi yang membawa nama terengganu. antaranya adalah :

  • taring anu adalah salah satu versinya. mengikut ceritanya, pada zaman dahulu , ada orang yg menjumpai satu taring yang agak lain atau aneh . jadi bila dia pulang, orang bertanya di mana dia jumpa taring itu , jadi dia kata dia jumpa di taring anu tu .. maka lekatlah lama - lama menjadi taringanu.
  • versi yang kedua adalah dari versi kelantan. mengikut cerita, bagi orang kelantan, ganu itu adalah pelangi . makanya adalah suatu masa adalah yang datang ke negeri ini. semasa dia datang adalah terlihat pelangi yang sangat terang. jadi bila dia balik dia pun berceritalah tentang terang ganu di sini .. maka lama kelamaan jadilah terangganu .
  • selain itu , dikatakan juga nama asal terengganu adalah primula. mengikut cerita, primula itu adalah sejenis bunga dan bunga itu berbentuk seperti bunga yang menjadi logo hotel primula. bunga itu dikatakan masih wujud dan boleh dijumpai di tasik kenyir
  • mengikut buku sejarah pula, nama - nama terengganu yang lain adalah seperti tong ya nong, ting ko nu , ting kua lo , palimols , kole dan tingano.

maka inilah serba sedikit tentang nama terengganu .. berguna jugak pergi CTRE baru ni.